Layout Album Perkahwinan

Format Album Perkahwinan

Berikut adalah format album yang kami tawarkan:

  1. Bersaiz 12 x 8 inci.
  2. Terdapat 20 page untuk album majlis resepsi/nikah, 30 page untuk nikah & resepsi.
  3. 1 layout mengandungi 2 page. Pelipat page pada bahagian tengah layout.
  4. Terdapat 4 warna cover album yang ditawarkan untuk pilihan pelanggan.
  5. Teknik laser debossed digunakan pada cover album dengan memaparkan nama pengantin, tarikh majlis dan lokasi majlis.

Cover Album

Pada cover album akan di letakkan nama pasangan pengantin, tarikh majlis perkahwinan mereka dan juga lokasi majlis. 

Page 1 & 2 Album Perkahwinan

Page 1 dan 2 album perkahwinan akan di penuhi dengan gambar ketibaan pengantin dimajlis persandingan itu.

Page 3 & 4 Album Perkahwinan

Page 3 dan 4 album perkahwinan akan di penuhi dengan gambar bacaan doa dan gambar-gambar ketika acara salam restu/merenjis/menepung tawar pengantin. Gambar Ibubapa kedua belah pengantin akan di berikan keutamaan untuk page 3 dan 4 ini.

Page 5 & 6 Album Perkahwinan

Page 5 dan 6 album perkahwinan akan di penuhi dengan gambar-gambar ketika acara makan beradab dan di susuli dengan gambar-gambar dari acara memotong kek pengantin.

Page 7-14 Album Perkahwinan

Page 7 hingga 14 album perkahwinan akan di penuhi dengan gambar-gambar pengantin bersama ahli keluarga terdekat, sanak saudara, sahabat handai dan para jemputan ketika sesi fotografi yang di adakan diatas pelamin.

Page 15-16 Album Perkahwinan

Page 15 & 16 album perkahwinan akan di penuhi dengan gambar-gambar potret kedua pengantin diatas pelamin dengan melakukan pose yang di arahkan oleh fotografer.

Page 17-20 Album Perkahwinan

Page 17 hingga 20 album perkahwinan akan di penuhi dengan gambar-gambar potret kedua pengantin diluar dari dewan majlis  dengan melakukan pose yang di arahkan oleh fotografer.

© Copyright 2022 ZA SENI GRAFI PRODUCTION – All Rights Reserved