Majlis bermula pada jam 11:00 pagi dengan ketibaan pengantin ke dewan majlis perkahwinan.
Bacaan doa diketuai oleh ahli keluarga terdekat pengantin. Upacara salam restu dilakukan oleh kedua-dua belah ibu bapa pengantin.
Fotografer akan meminta pengantin untuk saling suap menyuap untuk merakam gambar momen indah perkahwinan mereka.
Sesi fotografi akan dimulakan dengan keluarga rombongan pengantin. Ahli keluarga terdekat diutamakan untuk bergambar bersama pengantin lebih-lebih lagi ibu bapa pengantin. Setelah rombongan pengantin selesai bergambar, semua jemputan dialu-alukan untuk bergambar bersama pengantin. Kebiasaannya pihak keluarga tuan rumah akan bergambar diakhir majlis atas faktor kesibukan melayan para jemputan yang hadir.
Pada sesi ini, fotografer akan memainkan peranan penting bagi memastikan kedua pengantin tidak kekok bergambar dalam melakukan posing. Komunikasi yang baik antara fotografer & kedua pengantin amat perlu demi menghasilkan gambar potret yang terbaik.