Lima perkara dalam rukun nikah adalah pengantin lelaki, pengantin perempuan, wali, 2 orang saksi dan ijab qabul. Majlis akad nikah dimulakan dengan khutbah nikah oleh Tok Kadi. Setelah selesai khutbah, upacara ijab qabul di teruskan, dan disusuli dengan upacara bacaan taklik oleh pengantin lelaki. Upacara ijab qabul disudahi dengan bacaan doa oleh Tok Kadi.
Sudah menjadi kebiasaan adat melayu pada majlis akad nikah untuk berbalas pemberian dulang hantaran. Bilangan ganjil dulang hantaran sebagai pemberian kepada pengantin, contohnya jika pihak lelaki memberi 5 dulang, pihak perempuan akan membalas dengan 7 dulang. Ataupun jika pihak lelaki memberikan 7 dulang, maka pihak perempuan akan membalas dengan 9 dulang.
Upacara batal air sembahyang dimulakan dengan pengantin bersalaman, kemudian sesi pemberian barang kemas & mas kahwin kepada pengantin perempuan. Sesi menyarung cincin adalah kemuncak dalam acara batal air sembahyang.
Kebiasaannya sesi ijab kabul hanya dihadiri oleh keluarga terdekat & kenalan rapat pengantin, maka sesi fotografi tidak akan mengambil masa yang panjang.