Gambar Majlis Resepsi

Imran & Iera
DSC_0704

Ketibaan Pengantin Ke Dewan Majlis Perkahwinan

Majlis bermula pada jam 11:00 pagi dengan ketibaan pengantin ke dewan majlis perkahwinan. 

Upacara Bacaan Doa & Salam Restu

Bacaan doa diketuai oleh ahli keluarga terdekat pengantin. Upacara salam restu dilakukan oleh kedua-dua belah ibu bapa pengantin.

Upacara Makan Beradab & Potong Kek Kahwin

Fotografer akan meminta pengantin untuk saling suap menyuap untuk merakam gambar momen indah perkahwinan mereka.

Sesi Fotografi Bersama Keluarga & Para Jemputan

Sesi fotografi akan dimulakan dengan keluarga rombongan pengantin. Ahli keluarga terdekat diutamakan untuk bergambar bersama pengantin lebih-lebih lagi ibu bapa pengantin. Setelah rombongan pengantin selesai bergambar,  semua jemputan dialu-alukan untuk bergambar bersama pengantin. Kebiasaannya pihak keluarga tuan rumah akan bergambar diakhir majlis atas faktor kesibukan melayan para jemputan yang hadir.

Sesi Fotografi Potret Pasangan Pengantin

Pada sesi ini, fotografer akan memainkan peranan penting bagi memastikan kedua pengantin tidak kekok bergambar dalam melakukan posing. Komunikasi yang baik antara fotografer & kedua pengantin amat perlu demi menghasilkan gambar potret yang terbaik.