Xen Studio telah berkecimpung didalam bidang fotografi selama 14 tahun. Fokus kami didalam bidang fotografi tidak hanya memberikan servis yang memuaskan kepada pelanggan, tetapi kami juga amat mementingkan kualiti penghasilan gambar/video terbaik untuk para pelanggan. Dengan pengalaman lebih 500 majlis perkahwinan yang telah dikendalikan, kami amat yakin pelanggan akan berpuas hati dengan hasil kerja kami, disamping team kerja kami yang sentiasa meningkatkan skill kerja demi kepuasan pelanggan.
Gambar akan dikongsikan kepada pengantin pada hari bekerja pertama selepas majlis melalui link google drive. Misalnya, majlis anda diadakan pada hari Ahad, gambar anda akan dikongsikan pada hari Isnin.
Satu-satunya yang akan kekal dalam satu majlis perkahwinan adalah gambar-gambar yang diabadikan oleh fotografer perkahwinan itu. Oleh sebab itu, Pihak XEN STUDIO, membuat keputusan untuk mengabadikan momen terindah dalam hidup anda dengan menghasilkan album kahwin yang berkualiti premium. Kami akan berikan 20 page didalam satu album untuk satu majlis. Manakala, 30 page akan diberikan untuk majlis nikah & sanding. Mantap bukan?





















Berikut adalah format album yang kami tawarkan:
Slot kami sangat terhad! Sekiranya anda tidak dapat menemui slot tarikh dan masa majlis anda, ini bermakna slot kami telah penuh pada waktu itu. Jadi jangan tunggu lama-lama, teruskan booking anda secepat mungkin sementara slot masih ada!
Cara pembayaran
Kami menetapkan 2 kali pembayaran:
Terma & Syarat
Rata-rata, anda akan menerima link google drive foto pada hari bekerja pertama selepas majlis perkahwinan anda. Album pula akan sampai ke rumah anda dalam tempoh 4 hingga 6 minggu selepas hari majlis anda. Manakala, anda akan menerima highlight video seminggu selepas majlis.
Kebiasaannya majlis tetap akan diteruskan walaupun cuaca buruk kerana kebanyakkan majlis kahwin dibuat didalam dewan. Akan tetapi, kami akan menghadapi kesukaran untuk meneruskan sesi fotografi outdoor. Sekiranya cuaca hujan tidak terlalu lebat, sesi fotografi outdoor akan diteruskan. Tetapi, sekiranya hujan yang lebat, sesi fotografi outdoor akan digantikan secara indoor atau didalam dewan.
Kami akan berada dimajlis mengikut tempahan anda. Contohnya, jika anda membuat tempahan perkhidmatan nikah (2jam), kami akan berada di majlis anda sepanjang 2 jam dan 15 minit allocation untuk sebarang kemungkinan yang terjadi. Sekiranya lebih 15 minit dari waktu tempahan bayaran extra per jam akan dikenakan.
Kebiasannya ratusan gambar akan diambil sewaktu majlis, tetapi hanya sekitar 80-120 gambar yang terpilih akan diedit. Untuk video pula, hanya beberapa footage terpilih akan diedit dan digabungkan untuk menjadi video highlight.
Sepanjang pengalaman 14 tahun didalam bidang ini, apabila kami memberi laluan kepada pengantin memilih gambar mereka sendiri untuk diletakkan didalam album, 90% daripadanya tidak selesai & tertangguh kerana kepakaran dalam menguruskan gambar adalah kepakaran kami dan bukanlah kepakaran pelanggan. Tetapi kami akan memberikan layout album kepada pelanggan untuk disemak & diubahsuai jika perlu dalam masa 48 jam sahaja. Kemudian kami akan proceed untuk print album tersebut.
Kami hanya menerima pelanggan di lembah klang dan putrajaya sahaja. Kelonggaran akan di berikan jika anda rasa lokasi anda tidak jauh dengan kawasan coverage kami. Anda boleh hubungi kami melalui whatsapp button yang di sediakan dibawah.
Cara pembayaran hanya dengan dua peringkat. Peringkat pertama adalah pembayaran deposit sebanyak 20% daripada jumlah keseluruhan. Manakala peringkat kedua adalah pembayaran penuh dua minggu sebelum majlis berlangsung.